Thursday, October 20, 2011

Dia Si Kudung yang sempurna

Sehingga hari ini, peristiwa tersebut masih terngiang-ngiang di fikiran ni. Peristiwa dimana membuktikan bahawa Islam adalah agama yang benar-benar menyanjung dan menjaga wanita.

Ketika itu, aku dan sahabatku dalam perjalanan ingin keluar dari pusat membeli-belah. Semasa tu, tangan kami sememangnya sarat dengan barang-barang yang baru saja dibeli.

Semasa tiba di sebuah pintu kaca yang agak berat, kami bertemu dengan seorang lelaki berkopiah putih yang kudung tangannya. Dia semasa tu dalam keadaan baru nak masuk ke tempat tu, dan kami pula sebaliknya.

Apa yang memeranjatkan kami ialah, dia yang kudung sebelah tangannya itu yang menolak pintu kaca dan menahan dengan sebelah tangannya lagi yang sempurna untuk membenarkan kami keluar. Dalam keadaan itu, dia menundukkan pandangannya sehinggalah kami melepasi pintu tersebut.

Subhanallah..

Selepas melepasi peristiwa tersebut, aku dan kawanku ternyata memikirkan perkara yang sama. Kami benar-benar tersentuh dengan perbuatan si lelaki kudung tu. Yang sepatutnya kami yang sempurna ini yang menahan pintu tersebut. Biarpun luarannya tidak sempurna seperti orang lain, namun akhlak yang ditunjukkannnya telah menyempurnakannya.

Aku berharap akan wujud lebih ramai insan yang bernama lelaki yang berkeperibadian sepertinya. Ameen....

No comments:

Post a Comment