Saturday, October 29, 2011

Titipan buat Sahabat: Purdah & Mathurat

Seusai menunaikan solat fardhu 'Asar, aku mengambil sebuah kitab Mathurat untuk dibaca. Aku menjadikannya sebagai rutin harianku selepas solat Subuh & 'Asar jika berkelapangan. Kerana bila aku melakukannya, aku dapat rasakan segala beban dunia yang sedikit cuma dibahuku terus hilang. Seolah-olah aku diberi bilik yang tenang tanpa gangguan apa-apa. Tekanan 'assignment' dan 'test' pun terasa longgar difikiran ni. Entah kenapa selepas menghabiskan bacaan Mathurat tu, tiba-tiba fikiranku menangkap kisah lalu. Aku terkenang akan sahabatku semasa Diploma semester lalu.

Mathurat RM2.00

Petang tu, aku dan sahabatku, Amira dan Lidya baru sahaja habis kuliah di bangunan C. Turun sahaja dari tangga bangunan tersebut, mataku terus menangkap 'booth' kecil berhampiran laluan ke Dewan Sarjana. Kelihatan agak ramai pelajar mengerumuni kawasan tersebut.
"Waah..ada jualan buku-buku ilmiah rupanya." getus hatiku
Aku dan sahabatku singgah sebentar. Aku ternampak sahabatku, Amira mengangkat sebuah buku yang kecil dan nipis.
'Mathurat, boleh beri sebagai hadiah hari lahir kepada seorang kawanku lagi,' getusku lagi.
"Nak beli jugaklah, murah jugak. Rm 2.00 jer," kataku kepada sahabatku itu sambil tersenyum. Tiba-tiba aku tersedar yang aku tidak membawa dompet bersama. Lantas, aku membatalkan niatku.
"Eh, tak pelah, Mira bayarkan," pelawanya sambil tersenyum
"Owh, ok," ujarku senang dengan pelawaan tu.

Hasratku untuk menghadiahkan buku tersebut kepada sahabatku yang seorang lagi bersempena hari lahirnya tidak kesampaian apabila Amira menolak pembayaran balik atas buku tu. Katanya, ianya sebagai hadiah. Masakan aku ingin memberikan barangan yang telah dihadiahkan buatku kepada orang lain. Tambahan pula, ianya satu-satunya hadiah pertama yang aku pernah terima dari seorang insan yang bergelar SAHABAT. Aku berhasrat untuk pergi semula ke booth tersebut, dengan niat untuk membeli sebuah lagi untuk sahabatku, tetapi malangnya, booth tersebut sudah tidak dibuka lagi.

Purdah

Sudah menjadi kebiasaan tinggal di kolej, aku akan singgah di bilik kawan-kawan yang aku gemar diajak berbual. Setiap masa kebosanan, aku akan kebiliknya. Pada hari aku singgah dibiliknya, Amira menyatakan yang dia ingin memberiku sesuatu. Dalam hatiku berbisik, 'Sudah terlalu banyak pemberian dia, takut tak terbalas nanti.' Lantas, dia membuka almari pakaiannya, lalu diberiku sehelai purdah berwarna 'peach'. Terkejut aku dibuatnya. Wajah gembira dan teruja mulai dirasakan apabila dia berseloroh denganku, "Amboi, senyum memanjang,"

Mana tidaknya, sepanjang hidupku tidak pernah sekali pun aku menyentuh purdah. Hanya melihat dikaca televisyen atau orang-orang awam yang memakainya. Dalam hati ni terbit rasa bersyukur kerana diberi nikmat kemanisan sebuah persahabatan. Inilah hadiah kedua yang aku terima dari seorang sahabat.

Buat sahabatku, Nurul Amira. Biarpun beribu sahabat baru yang dayah temui sekarang dan akan datang, dayah tidak mungkin dapat melupakan segala kebaikan yang pernah Mira berikan pada dayah. Terima kasih kerana menjadi pendengar yang setia selama ni. Semoga Allah sentiasa merahmatimu.

Sahabat yang baik ialah sahabat yang tahu kelemahan kita dan sentiasa sedar apabila kita berada didalam apapun keadaan.

Friday, October 21, 2011

Cahaya Cinta di dahi kita *_*

Berkisahkan sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W., ayahnya Abdullah dan ibunya Siti Aminah hanya sempat bersama selama 3 hari sahaja selepas berkahwin. Nak diceritakan, Abdullah tidak pernah melihat wajah Siti Aminah sebelum mengahwininya. Sebelum berkahwin dengan Siti Aminah, Abdullah telah digoda dan dirayu oleh seorang wanita. Wanita itu merayu agar Abdullah mengahwininya dan melakukan hubungan bersamanya. Tetapi, permintaan itu ditolak oleh Abdullah.

Kemudian, Abdullah berkahwin dengan Siti Aminah. Beliau hanya sempat bersama isterinya selama 3 hari sahaja kerana pergi berdagang dan meninggal disana. Walaupun begitu, jiwa Siti Aminah sangat kental, kalau nak dibezakan dengan kita, sangat lah ketara. Bayangkan ditinggalkan suami dan mendapat tahu suami meninggal dunia hanya selepas berjumpa beberapa hari cuma.

Apabila Abdullah kembali ke tempat dia berdagang, dia bertemu semula dengan wanita yang pernah memujuk rayunya suatu ketika dahulu. Yang menghairankan, wanita itu hanya buat tidak endah kepadanya. Lalu, dia bertanya, "Kenapa kamu tidak menghiraukanku sedangkan sebelum ini kamu yang memujuk rayuku?"

Rasa-rasanya, apakah sebabnya?? Fikir..Fikir... ^_^

Adakah kerana dia tidak inginkan lelaki yang sudah berkahwin? Lalu, kenapa?

Jawab wanita tersebut, " Aku tidak lagi mahukan kamu kerana sudah tiada lagi cahaya didahi kamu seperti dulu."

Rupa-rupanya, wanita tersebut hanya menginginkan cahaya yang ada pada dahi Abdullah yang mana cahaya tersebut telah pun hilang apabila dia berkahwin dengan Siti Aminah. Dan cahaya itulah yang turun bersama Nabi Muhammad S.A.W..
Begitulah, dikalangan kita ada cahaya yang tersendiri dimana cahaya itulah yang mempertemukan kita dengan cahaya yang sebetulnya untuk bersatu. Makna kata, kita telahpun ditentukan dengan jodoh yang akan menyatukan cahaya kita. Oleh sebab itu, selagi naluri kita tidak mengatakan dia adalah jodoh kita, selagi itu cahaya itu masih belum ditemui.

p/s: Di manakah cahaya milik anda?? ^_^

Ciri-ciri Isteri Pilihan...InsyaAllah


Artikel iniditujukan kepada bakal suami tentang apakah ciri-ciri isteri yang patut dia pilih, juga kepada bakal suami yang sudah ada calon isteri, maka ciri-ciri apakah yang patut dia didik calon isterinya itu. Tidak ketinggalan kepada wanita atau bakal isteri, ciri-ciri apakah yang sepatutnya dia melengkapi dirinya.


Pertama: Agama.

Ciri pertama yang penting ialah agama. Allah berfirman dengan membuat perbandingan: “Sesungguhnya seorang hamba wanita yang beriman lebih baik daripada wanita kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.” [al-Baqarah 2:221]

Dalam perbandingan di atas, Allah menerangkan bahawa seorang wanita yang berstatus rendah, amat rendah sehingga ke tahap budak hamba, adalah lebih baik asalkan dia beriman kepada Allah (mukminat). Justeru yang membezakan ciri baik dan buruk bukanlah kecantikan atau daya tarikan, tetapi nilai agama seorang wanita.

Perhatikan juga bahawa Allah tidak menyebut wanita Islam (Muslimat) tetapi menyebut wanita beriman (Mukminat). Ini kerana tahap seorang Mukminat lebih tinggi dari tahap seorang Muslimat. Maka untuk ciri pertama ini, ciri isteri pilihan bukanlah sekadar muslimat yang biasa-biasa tetapi muslimat yang memiliki ilmu agama, beriman dengan teguh dan menterjemahkan ilmu dan keimanannya kepada amal shalih sehari-harian.

Berkenaan ciri agama ini, Rasulullah juga pernah bersabda: “Seorangwanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi.” [Shahih al-Bukhari, no: 4700]


Kedua: Cantik.

Jangan terperanjat jika Islam mementingkan ciri kecantikan kepada seorang isteri. Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan.”
[Shahih Muslim, no: 131]

Kecantikan sebegitu penting sehingga Rasulullah menganjurkan seorang lelaki untuk melihat wanita pilihannya sebelum pergi melamar atau meminang. Baginda bersabda: “Apabila salah seorang dari kalian melamar wanita, maka selagi dia boleh melihat apa yang dapat mendorongnya untuk menikahinya, maka lakukanlah ia.”
[Shahih Sunan Abu Daud, no: 2082]

Maksud kecantikan di sini ialah apa yang tulen, bukan kecantikan palsu umpama penggunaan alat solek. Bukan juga kecantikan yang menelan kos yang tinggi seperti pembedahan plastik, dandanan rambut di salon terkenal, penurunan berat badan di pusat-pusat yang diragui keberkesanannya dan pakaian fesyen terkini di butik yang berjenama.

Justeru mana-mana wanita yang ingin diperisterikan, bakal menjadi isteri dan sudah menjadi isteri, hendaklah menjaga kecantikan mereka dengan gizi pemakanan yang sihat, senaman dan keyakinan diri. Yakinlah bahawa semua wanita ciptaan Allah adalah cantik, hanya kecantikan ituakan dikecapi oleh lelaki yang tentu saja berbeza citarasanya antara satu dengan yang lain.

Ketiga: Menyenangkan Suami.

Rasulullah pernah ditanya tentang ciri-ciri isteri yang baik. Baginda menjawab: “Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya jika diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai (oleh suami).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3231]

Ciri seorang isteri pilihan ialah dia memberi ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan apabila saja suami melihatnya. Jika suami menyuruh dia melakukan sesuatu, dia akan melakukannya sekadar yang mampu dengan syarat suruhan itu selari dengan syari’at Islam. Jika bertentangan,maka isteri tidak perlu taat. Namun berbincanglah dengan suami secara hikmah kerana mungkin suami tidak tahu mengenainya.

Selain itu isteri tidak akan menyelisihi, apatah lagi bertengkar atau memarahi, jika apa yang disukainya dibenci pula oleh suami. Ertinya,isteri berusaha untuk menyelaraskan kesukaannya dengan citarasa suami. Inilah yang dinamakan sehati, sejiwa.

Di sini mungkin ada yang bertanya, bahawa kenapa isteri mesti bersikap sehingga ke tahap demikian kepada suaminya? Apakah isteri tidak boleh bermuka muram, enggan taat dan memiliki pilihan tersendiri? Terhadap persoalan seperti ini atau yang seumpama, para isteri hendaklah sedarbahawa semua kebaikan yang dilakukan kepada suaminya, ia adalah ibadah kepada Allah. Dalam erti kata lain, suami merupakan sarana atau jalan untuk isteri beribadah kepada Allah. Perlu diingatkan bahawa ibadah bukan sahaja solat, puasa dan zikir, tetapi berbuat baik kepada suami sebagaimana dalam hadis di atas.

Keempat: Pandai Mendidik Anak-Anak.
Tanggungjawab suami ialah di luar rumah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Tanggungjawab isteri pula di dalam rumah mendidik anak-anak dan menjaga rumah. Maka atas dasar pembahagian tugas seperti ini, Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik wanita Quraisy adalah yang paling lembut dan simpati pada anak pada masa kecilnya dan paling boleh menjaga harta suaminya.” [Shahih al-Bukhari, no: 4692]

Mungkin ada pula yang bertanya, bahawa isteri juga bekerja di luar rumah. Maka kenapa mereka dipertanggungjawabkan untuk urusan anak-anak dan penjagaan rumah?

Jawapannya, pekerjaan di luar rumah tidak diwajibkan oleh Islam ke atas isteri. Jika isteri bekerja di luar rumah, maka ia adalah tanggungjawab tambahan yang dipilih oleh isteri itu sendiri. Jika isteri beralasan perlu mencari sumber kewangan tambahan untuk seisi keluarga, maka perlu ditanya kembali: “Apakah manusia pernah berkecukupan dalam urusan kewangan?”

http://baitulmuslim.com/content/ciri-ciri-isteri-pilihan
source:

Thursday, October 20, 2011

Dia Si Kudung yang sempurna

Sehingga hari ini, peristiwa tersebut masih terngiang-ngiang di fikiran ni. Peristiwa dimana membuktikan bahawa Islam adalah agama yang benar-benar menyanjung dan menjaga wanita.

Ketika itu, aku dan sahabatku dalam perjalanan ingin keluar dari pusat membeli-belah. Semasa tu, tangan kami sememangnya sarat dengan barang-barang yang baru saja dibeli.

Semasa tiba di sebuah pintu kaca yang agak berat, kami bertemu dengan seorang lelaki berkopiah putih yang kudung tangannya. Dia semasa tu dalam keadaan baru nak masuk ke tempat tu, dan kami pula sebaliknya.

Apa yang memeranjatkan kami ialah, dia yang kudung sebelah tangannya itu yang menolak pintu kaca dan menahan dengan sebelah tangannya lagi yang sempurna untuk membenarkan kami keluar. Dalam keadaan itu, dia menundukkan pandangannya sehinggalah kami melepasi pintu tersebut.

Subhanallah..

Selepas melepasi peristiwa tersebut, aku dan kawanku ternyata memikirkan perkara yang sama. Kami benar-benar tersentuh dengan perbuatan si lelaki kudung tu. Yang sepatutnya kami yang sempurna ini yang menahan pintu tersebut. Biarpun luarannya tidak sempurna seperti orang lain, namun akhlak yang ditunjukkannnya telah menyempurnakannya.

Aku berharap akan wujud lebih ramai insan yang bernama lelaki yang berkeperibadian sepertinya. Ameen....

Monday, October 17, 2011

Titipan pertama tetapi bukan pertama kali ^_^

Alhamdulillah..
Akhirnya jumpa blog ni
tengok url memang mengimbau zaman-zaman remaja+ribena :)
Tetapi intipati dalam ni telah dibuang suatu masa dulu
Dan yang pastinya, blog ini akan terus diaktifkan

AKTIF???!
blog yang sedia ada pun dah sebulan tak update :P

takpa2
yang pastinya pengisian dalam ni sudah tentu berbeza dengan blog yang lama
kerana ianya hanya tentang AKU DAN DIRIKU

Semoga hari-hari kita akan ceria selalu ^_^